KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Tahap kesihatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sangat baik, menurut Pengarah Hospital Sultan Idris Shah, Serdang Dr Farique Rizal Abdul Hamid.
Beliau berkata Anwar telah menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan di hospital berkenaan hari ini.
"Alhamdulillah, hasil pemeriksaan menunjukkan bahawa kesihatan YAB (Yang Amat Berhormat) Perdana Menteri dalam keadaan yang sangat baik.
“Beliau dapat menjalankan tugasan rasmi seperti biasa," katanya dalam kenyataan.
Dr Farique Rizal berkata pemeriksaan kesihatan merupakan komitmen Perdana Menteri untuk memastikan beliau kekal cergas dan bersedia menerajui pentadbiran negara serta melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dengan penuh dedikasi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial