BELANJAWAN 2025 > BERITA

10 Pasukan Sertai Kejohanan Piala ACC Bawah 16 Tahun  Zon Timur Di Malaysia

21/06/2025 01:05 PM

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) --  Sepuluh pasukan, termasuk tuan rumah Malaysia, bakal bersaing dalam Piala Konfederasi Kriket Asia (ACC) Bawah 16 (B-16) Zon Timur 2025 yang akan membuka tirainya esok.

Persatuan Kriket Malaysia (MCA) dalam satu kenyataan memaklumkan kejohanan remaja berprestij itu akan berlangsung sehingga 5 Julai ini di tiga venue iaitu Oval YSD-UKM di Bangi, Oval Kolej Tuanku Ja’afar di Mantin, Negeri Sembilan dan Selangor Turf Club di Seri Kembangan.

“Kejohanan ini akan menggunakan format liga sepusingan, dengan dua pasukan teratas layak ke perlawanan akhir.

“Ia dianjurkan sebagai sebahagian daripada laluan pembangunan belia ACC dan akan berlangsung dalam format 50 over bagi membiasakan dan bersedia dalam suasana kompetitif kriket antarabangsa pada masa depan kelak,” menurut kenyataan itu.

Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Hong Kong, Thailand, Maldives dan Myanmar, manakala Kumpulan A terdiri daripada Nepal, Singapura, Indonesia, Bhutan dan Jepun.

Presiden MCA Mahinda Vallipuram berkata kejohanan ini merupakan komponen penting dalam pelan pembangunan pemain muda negara yang berpotensi menjadi pelapis skuad kebangsaan di pentas antarabangsa.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan