IPOH, 8 Jun (Bernama) -- Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas akibat melanggar seekor anjing yang melintas di Jalan Malim Nawar-Kota Bharu, Kampar pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kampar Supt Mohamad Nazri Daud berkata kejadian berlaku pada 7.35 pagi semasa mangsa Mohd Safaril Mohamed Anuar, 42, dalam perjalanan ke tempat kerja.
“Mangsa disahkan maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Nazri berkata kemalangan menyebabkan bahagian depan dan kiri motosikal Honda EX5 mangsa rosak.
Mayat dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial