JOHOR BAHRU, 7 Jun (Bernama) -- Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan pelantikan warga Sepanyol Xisco Munoz sebagai ketua jurulatih baharu kelab itu.
Pengumuman pelantikan itu menerusi satu kenyataan rasmi oleh JDT di platform media sosial kelab itu malam tadi.
Video yang memaparkan Munoz berada di Stadium Sultan Ibrahim turut dimuat naik bersama kenyataan itu.
“Pemenang LaLiga dan bekas pengurus Watford Xisco Munoz menyertai Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim sebagai ketua jurulatih,” menurut kenyataan berkenaan.
JDT sebelum ini dibimbing oleh Hector Bidoglio sebagai ketua jurulatih sejak 2022.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial