BELANJAWAN 2025 > BERITA

Aidiladha Perlu Jadi Medan Muhasabah Dan Pengukuhan Ukhuwah Islamiah - Fahmi

06/06/2025 09:54 PM

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Sambutan Aidiladha seharusnya menjadi medan muhasabah untuk menzahirkan ketaatan tulus kepada Allah SWT dan memperkukuh ukhuwah Islamiah, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Menerusi hantaran di laman Facebook hari ini, beliau berkata Aidiladha mengingatkan umat Islam terhadap kisah pengorbanan agung Nabi Ibrahim AS dan puteranya, Nabi Ismail AS yang menjunjung tinggi perintah Allah dengan penuh keikhlasan dan tawakal.

“Aidiladha adalah lambang ketaatan dan pengorbanan... semoga Hari Raya Aidiladha ini menjadi medan muhasabah buat kita semua dalam menzahirkan ketaatan yang tulus kepada Allah SWT,” kata beliau yang turut mendoakan agar segala amalan umat Islam diterima Allah SWT pada hari yang penuh keberkatan ini.

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha esok.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan