KUALA TERENGGANU, 5 Jun (Bernama) -- Semua kompleks beli-belah, pasar raya besar dan pasar raya di kawasan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) diarah tutup pada Sabtu sempena Aidiladha.
Datuk Bandar Kuala Terengganu Datuk Jusman Ibrahim berkata bagi premis makanan segera, kedai runcit 24 jam, kedai serbaneka dan lain-lain, arahan penutupan berkuat kuasa bermula 12 tengah malam menjelang 10 Zulhijah hingga 1 petang keesokan hari.
Beliau berkata arahan berkenaan bagi menghormati kemuliaan Aidiladha dan memberi peluang untuk umat Islam menunaikan ibadah korban.
"MBKT memohon kerjasama semua pihak supaya tidak menjalankan sebarang operasi perniagaan pada hari dan waktu ditetapkan, iaitu pada 7 Jun nanti.
"Kegagalan mematuhi arahan akan berdepan tindakan berpandukan undang-undang yang diguna pakai oleh majlis," katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial