BEIJING, 5 Jun (BERNAMA-CMG) -- China bersedia berganding bahu dengan Korea Selatan untuk memajukan hubungan perkongsian strategik China-Korea Selatan supaya memberi manfaat yang lebih besar kepada rakyat kedua-dua negara, kata jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian dalam sidang akhbar di sini pada Rabu.
Beliau berkata, Presiden China Xi Jinping mengutus perutusan tahniah kepada Lee Jae-myung atas pelantikan beliau sebagai Presiden Korea Selatan ke-21.
"China dan Korea Selatan adalah jiran dan rakan kongsi penting, dan pihak China amat mementingkan hubungan dengan Korea Selatan.
"Kedua-dua negara harus mengangkat misi asal semasa jalinan hubungan diplomatik, mengukuhkan persahabatan kejiranan dan berusaha mencapai situasi menang-menang," kata Lin.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial