BELANJAWAN 2025 > BERITA

Terbuka Indonesia 2025: Tang Jie-Ee Wei Lepasi Halangan Pertama

04/06/2025 02:06 PM

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei terpaksa bermandi peluh sebelum berjaya melepasi halangan pertama pada Terbuka Indonesia berlangsung di Istora Senayan, hari ini.

Pasangan di ranking kesepuluh dunia itu perlu mengharungi 59 minit sebelum berjaya mengetepikan cabaran pasangan keempat dunia Dhruv Kapila-Tanisha Crasto dari India 21-11, 16-21, 21-14 dalam pertemuan pertama kedua-dua beregu campuran itu.

Menerusi rakaman audio dikongsi Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Ee Wei mengakui menghadapi sedikit kesukaran untuk mencari rentak permainan namun tetap percaya antara satu sama lain manakala Tang Jie pula menyifatkan lawannya pasangan yang tidak mudah mengaku kalah.

“Tanisha adalah lawan sukar, agresif dan kuat dari segi fizikal. Bagi kami, sikap agresifnya itu membuatkan kami lebih bersemangat dan konsisten dalam gelanggang,” kata Tang Jie.

Pada perlawanan pusingan kedua esok, Tang Jie-Ee Wei dijadualkan berdepan wakil Denmark, Mads Vestergaard-Christine Busch yang menewaskan satu lagi pasangan India Ashith Surya-Amrutha Pramuthesh 21-15, 21-9.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan