MELAKA, 3 Jun (Bernama) -- Warga emas di negeri ini terutamanya yang berisiko tinggi digalakkan untuk segera mendapatkan suntikan vaksin influenza di klinik kesihatan berdekatan.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem berkata masih terdapat 515 slot janji temu untuk mendapatkan suntikan vaksin berkenaan dengan 2,885 warga emas telah menerimanya di Melaka setakat ini.
"Suntikan vaksin influenza ini boleh diperoleh secara percuma di 15 klinik kesihatan (KK) terpilih di seluruh Melaka, iaitu KK Alor Gajah, KK Masjid Tanah, KK Pengkalan Balak, KK Kuala Sungai Baru, KK Jasin, KK Merlimau dan KK Umbai.
"Selain itu, mereka juga boleh dapatkan di KK Kemendor, KK Selandar, KK Simpang Bekoh, KK Sungai Rambai, KK Batang Melaka, KK Batu Berendam, KK Sri Tanjung dan KK Cheng," katanya dalam kenyatan di sini hari ini.
Beliau berkata penerima boleh mendapatkan suntikan ini melalui dua kaedah, iaitu dengan membuat janji temu menerusi aplikasi MySejahtera atau datang ke mana-mana klinik kesihatan berkenaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial