BELANJAWAN 2025 > BERITA

Lebih 3,300 Tan Air Zamzam Digunakan Di Masjid Nabawi Dalam Tempoh 15 Hari

02/06/2025 07:58 PM

MADINAH, 2 Jun (Bernama-SPA) -- Sebanyak 3,360 tan air zamzam digunakan di Masjid Nabawi dalam tempoh 15 hari semasa musim haji tahun ini, menurut Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Agensi Akhbar Saudi (SPA) melaporkan bahawa dari 15 Zulkaedah hingga 1 Zulhijah, sebanyak 218,336 botol air zamzam telah diedarkan kepada jemaah dan pengunjung di bahagian lelaki dan wanita Masjid Nabawi.

Pihak berkuasa itu telah meningkatkan perkhidmatan secara ketara bagi menampung pertambahan jumlah jemaah yang hadir.

Ini termasuk memastikan bekalan air zamzam sentiasa boleh diakses sama ada melalui tong, botol, atau di tempat minum air sejuk yang disediakan di dalam masjid, di atas bumbung serta di dataran luar.

Selain itu, sebanyak 301,802 juadah iftar telah disediakan kepada mereka yang berpuasa di Masjid Nabawi, dan diagihkan di kawasan khas untuk berbuka puasa.

-- BERNAMA-SPA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan