BELANJAWAN 2025 > BERITA

Skuasy Terbuka British: Eain Yow Tersingkir Di Pusingan Kedua

02/06/2025 08:50 AM

KUALA LUMPUR, 2 Jun (Bernama) -- Jaguh skuasy lelaki negara Ng Eain Yow kalah mengejut kepada lawan bukan pilihan pada pusingan kedua Terbuka British 2025, di Birmingham awal pagi tadi.

Eain Yow selaku pemain pilihan kelapan kejohanan, gagal mempamerkan aksi terbaiknya apabila tewas 0-3 (11-13, 5-11, 7-11) kepada pemain Perancis Victor Crouin, sekali gus tersingkir awal daripada kejohanan yang sering digelar sebagai Wimbledon of squash.

Pemain berusia 27 tahun itu menerima bye pada pusingan pertama.

Sementara itu dalam kategori wanita, Aira Azman turut tersingkir awal selepas tewas 2-3 (10-12, 11-13, 11-9, 11-8, 7-11) kepada pemain Mesir Zeina Mickawy, pada perlawanan pusingan pertama.

Rakan sepasukan Noor Ainaa Amani Ampandi, juga terkandas selepas mudah ditundukkan 0-3 (6-11, 7-11, 7-11) oleh pemain England Sarah-Jane Perry.

Satu-satunya wakil Malaysia yang masih meneruskan cabaran dalam kejohanan ini iaitu S. Sivasangari, akan memulakan aksi menentang pemain India Ahanat Singh, dalam pusingan kedua awal pagi esok (3 Jun).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan