ANKARA, 30 Mei (Bernama-Anadolu) -- Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) pada Jumaat memberi amaran berhubung halangan berterusan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza, apabila bekalan bantuan terbiar dalam jumlah yang besar di Jordan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
“Di gudang UNRWA di Amman, ibu negara Jordan yang hanya tiga jam perjalanan dari Gaza, kami mempunyai bekalan mencukupi untuk menampung lebih 200,000 orang selama sebulan penuh,” menurut agensi itu.
“Tepung, bungkusan makanan, kit kebersihan, selimut dan bekalan perubatan sedia untuk dihantar. Gaza memerlukan bantuan dalam skala besar,” kata UNRWA sambil menegaskan bahawa “aliran bekalan tanpa halangan dan berterusan mesti dibenarkan.”
Sejak 2 Mac, Israel menutup semua lintasan sempadan, sekali gus menyekat kemasukan makanan, ubat-ubatan, bahan api dan keperluan penting lain untuk 2.4 juta penduduk Gaza.
Israel telah melancarkan serangan ke atas Gaza sejak Oktober 2023, mengorbankan lebih 54,200 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. Agensi bantuan telah memberi amaran mengenai risiko kebuluran dalam kalangan lebih dua juta penduduk wilayah itu.
-- BERNAMA-ANADOLU
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial