BELANJAWAN 2025 > BERITA

Menteri Luar Rusia Sahkan Rundingan Pusingan Kedua Dengan Ukraine

23/05/2025 11:27 PM

MOSCOW, 23 Mei (Bernama-TASS) -- Usaha Moscow untuk menyediakan memorandum berkaitan krisis Ukraine kini berada di peringkat akhir dan pusingan kedua rundingan dengan Kyiv dijangka bakal berlangsung, kata Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov pada Khamis, lapor agensi berita TASS.

“Ya, kami menyokong rundingan. Ya, akan ada pusingan kedua.

“Mereka (pihak berkuasa Ukraine) telah mengesahkannya. Ini sendiri merupakan satu perkembangan yang positif,” kata Lavrov pada sebuah persidangan peringkat tinggi.

Beliau turut mengesahkan bahawa persiapan sedang giat dijalankan.

“Kerja (penyediaan memorandum) sedang berjalan.

“Saya tidak pasti mengenai pihak Ukraine, tetapi kerja kami telah mencapai peringkat akhir, dan kami akan menyerahkan memorandum itu kepada pihak Ukraine dalam apa jua keadaan,” katanya.

-- BERNAMA-TASS


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan