BELANJAWAN 2025 > BERITA

Wan Junaidi Rasmi Mesyuarat Penggal Keempat DUN Sarawak

19/05/2025 11:48 AM

KUCHING, 19 Mei (Bernama) -- Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama bagi Penggal Keempat Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, di sini.

Ketibaan Wan Junaidi dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, disambut Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Speaker Dewan Undangan Negeri Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar.

Istiadat dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku sebelum Wan Junaidi memeriksa kawalan kehormat utama, dengan kekuatan seramai 40 anggota yang diketuai Pengarah Pancaragam Polis Diraja Malaysia.

Persidangan DUN kali ini akan berlangsung selama lapan hari mulai hari ini sehingga 28 Mei dengan enam Rang Undang-Undang (RUU) akan dibentangkan.

Ini termasuk RUU Perbekalan Tambahan (2024) 2025, RUU Perbekalan Tambahan (2025) 2025, RUU (Pindaan) Pusat Biodiversiti Sarawak 2025, RUU (Pindaan) Kanun Tanah 2025, RUU (Pindaan) Pihak Berkuasa Tempatan 2025 dan RUU (Pembubaran) Tabung Amanah Pembangunan Infrastruktur 2025. 

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan