BELANJAWAN 2025 > BERITA

Sepak Takraw Piala Asia 2025: Malaysia Mara Ke Suku Akhir Regu

13/05/2025 10:01 PM

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Malaysia mengesahkan slot ke suku akhir acara regu Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 selepas menewaskan Singapura hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Titiwangsa di sini, Malaysia yang diwakili Mohammad Syahir Rosdi (tekong), Farhan Adam (pengumpan) dan Mohamad Azlan Alias (perejam) bermula baik apabila menang set pertama 15-9.

Momentum itu kemudiannya diteruskan pada set kedua oleh anak buah Ahmad Mohd Zain apabila menang 15-6 untuk meraih kemenangan kedua Kumpulan D.

Terdahulu pada aksi yang berlangsung di sebelah petang Malaysia berjaya mengatasi Nepal 15-6, 15-6.

“Untuk dua aksi hari ini saya rasa pemain-pemain masih belum persembahkan kemampuan sebenar mereka.

“Mungkin selepas ini kita akan buat postmortem untuk tengok apa lagi yang perlu ditambah baik oleh skuad regu kita untuk perlawanan esok,” kata Ahmad ketika ditemui selepas perlawanan menentang Singapura

Malaysia bakal melengkapkan perlawanan peringkat Kumpulan D bertemu Filipina esok bagi menentukan kedudukan juara dan naib juara kumpulan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan