BELANJAWAN 2025 > BERITA

China Seru Bela Mekanisme Perdagangan Multilateral

01/05/2025 03:27 PM

GENEVA, 1 Mei (Bernama-CMG) -- Wakil China menggesa negara-negara anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) supaya bersatu padu dalam menentang unilateralisme dan proteksionisme demi mempertahankan mekanisme perdagangan multilateral yang berteraskan WTO.

Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Subsidi dan Langkah Timbal Balik WTO yang diadakan di Geneva pada Selasa, wakil China turut membidas dakwaan tidak berasas berhubung isu “lebihan produktiviti” China.

Wakil China dalam mesyuarat kali ini berkata, tiada piawaian tentang “lebihan produktiviti”. 

Ketidakseimbangan bekalan dengan permintaan adalah perkara normal. 

Beberapa negara anggota yang menggembar-gemburkan “lebihan produktiviti” adalah tindakan bertentangan dengan undang-undang ekonomi dan logik globalisasi.

Apa yang disebut sebagai “tarif timbal balik” AS menjejaskan perdagangan global dan kepentingan anggota membangun. 

China tetap memainkan peranan sebagai “penstabil” bagi pertumbuhan perdagangan dunia dan sentiasa berdiri bersama-sama anggota membangun, kata wakil China itu.

-- BERNAMA-CMG  


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan