BELANJAWAN 2025 > BERITA

Xi Lawat Bank Pembangunan Baharu

30/04/2025 03:32 PM

SHANGHAI, 30 April (Bernama-CMG) -- Presiden China Xi Jinping mengadakan lawatan ke Bank Pembangunan Baharu (NDB) di Shanghai dan bertemu ketua bank itu, Dilma Rousseff pada Selasa.

Xi berkata NDB merupakan institusi pembangunan multilateral pertama yang ditubuhkan dan diterajui oleh negara pasaran baharu muncul dan negara membangun.

Ia juga satu inisiatif rintis demi perpaduan dan pengukuhan Selatan Global sejajar dengan trend pembaharuan dan penambahbaikan tadbir urus global.

Xi turut menzahirkan kesediaan China untuk memperkasa kerjasama projek dengan NDB dengan memberi tumpuan kepada pembangunan hijau, inovatif dan lestari.

China juga sedia berkongsi pengalaman pembangunan dan menawarkan lebih banyak produk awam antarabangsa menerusi NDB, tambah beliau.

Menurut beliau, Selatan Global bangkit secara kolektif sehingga menjadi tenaga penting dalam memelihara kedamaian dunia, memacu pembangunan bersama dan menambah baik tadbir urus global. 

Sementara itu, Rousseff merakamkan terima kasih atas sokongan kukuh yang diberikan China terhadap perkembangan NDB.

Beliau berkata tatkala dunia berdepan ketidaktentuan dewasa ini, China menjadi teladan kepada masyarakat antarabangsa dengan berdiri teguh memelihara kepentingan Selatan Global, menyokong multilateralisme, mempertahankan keadilan antarabangsa dan mendorong pembinaan  komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Menurut beliau, NDB berikrar mengekalkan aspirasi asal dan terus mengambil langkah proaktif untuk menyumbang kepada pembangunan negara membangun dan negara pasaran baru muncul.

-- BERNAMA-CMG 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan