EKONOMI > BERITA

KENANGA UNJUR BNM KEKALKAN OPR PADA 3.0 PERATUS BAGI ENAM HINGGA 12 BULAN AKAN DATANG

09/05/2024 12:09 PM

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) semasa pada 3.0 peratus bagi enam hingga 12 bulan akan datang walaupun wujudnya risiko meningkat ke atas harga.

Menurut Kenanga Investment Bank Bhd kadar inflasi juga dijangka kekal stabil, kekal di bawah 3.0 peratus bagi 2024 dan 2025.

Bank pelaburan itu menjelaskan unjuran optimis itu berdasarkan potensi tekanan inflasi yang meningkat susulan prospek rasionalisasi subsidi pada separuh kedua 2024 dan kenaikan gaji kalangan penjawat awam yang diumumkan baru-baru ini.

“Pada masa sama, mungkin wujud potensi untuk MYR/USD mengukuh di bawah paras 4.50 pada akhir 2024, disokong oleh jangkaan bahawa BNM mengekalkan pendirian semasa untuk baki tempoh  tahun ini di samping komitmen kerajaan terhadap disiplin fiskal,” menurutnya dalam nota penyelidikan pada Khamis.

-- BERNAMA


 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan