EKONOMI > BERITA

RIZAB ANTARABANGSA BNM BERJUMLAH US$112.8 BILION

08/05/2024 05:59 PM

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$112.8 bilion (US$1=RM4.740) pada 30 April 2024. 

Menurut bank pusat dalam kenyataan hari ini, komponen utama rizab antarabangsa meliputi rizab mata wang asing (US$100.6 bilion); paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (US$1.4 bilion); hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.7 bilion); emas (US$2.8 bilion) dan aset rizab lain (US$2.3 bilion).

“Paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.5 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek,” katanya.

Jumlah aset sebanyak RM629.49 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab lain termasuk SDR (RM534.25 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.0 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.90 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM24.61 bilion), tanah dan bangunan (RM4.13 bilion) dan aset-aset lain (RM51.61 bilion). 

BNM berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100.0 juta), rizab (RM190.52 bilion), mata wang dalam edaran (RM166.54 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM149.22 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM6.61 bilion) deposit lain (RM63.40 bilion), kertas Bank Negara (RM18.65 bilion), peruntukan SDR (RM30.21 bilion) dan liabiliti lain (RM4.25 bilion).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan