EKONOMI > BERITA

RANGKA KERJA AIGE DI PERINGKAT AKHIR, BAKAL DILANCARKAN -- MOSTI

07/05/2024 05:21 PM

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) --  Pembangunan rangka kerja kod tadbir urus dan etika (AIGE) kecerdasan pintar (AI) kini di peringkat akhir dan akan dilancarkan tidak lama lagi.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Chang Lih Kang berkata AIGE adalah rangka kerja untuk menetapkan parameter bagi pengguna AI dalam industri.

“Kami telah mengusahakan perkara ini sejak tahun lepas...walaupun (ia) tidak diikat secara oerundangan, ia bertujuan menetapkan parameter bagi pengguna AI dalam industri supaya mereka tahu apa yang perlu dilakukan dan tidak. dalam penggunaan teknologi AI,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Perniagaan Jerman-Malaysia ke-4 di sini hari ini.

Sebelum ini garis panduan itu dibangunkan khusus untuk tiga kategori utama iaitu pengguna dan orang awam, penggubal dasar dan pembekal atau pembangun teknologi berasaskan AI.

Rangka kerja tersebut menggariskan tujuh prinsip AI yang bertanggungjawab yang boleh digunakan untuk ketiga-tiga kategori utama. Pematuhan garis panduan ini dapat memastikan penggunaan AI yang beretika dan selamat.

MOSTI telah bekerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia serta wakil agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi dan pemain industri lain untuk membangunkan rangka kerja berkenaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan