EKONOMI > BERITA

JRG MINERALS, SHANDONG HUAXIN METERAI MOU BAGI PROJEK BERNILAI LEBIH RM15 BILION

25/04/2024 06:57 PM

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- JRG Minerals Sdn Bhd dan Shandong Huaxin Industry Co Ltd memeterai satu memorandum persefahaman (MoU) berkaitan projek pembangunan dengan kegunaan bercampur di kawasan berkeluasan 2,428 hektar di Pahang yang dianggarkan bernilai lebih RM15 bilion.

Shandong Huaxin Industry terbabit dalam lima sektor utama seperti perdagangan antarabangsa, perkhidmatan pendidikan, logistik tenaga, hartanah serta integrasi pertanian.

Dalam kenyataan bersama hari ini, kedua-dua pihak berkata MoU bagi projek pembangunan di Bandar Baru Bukit Goh di Kuantan, Pahang, juga menjadi peluang besar dalam usaha memajukan sebahagian besar negeri itu yang berpotensi bagi menarik pelabur selain menjana pertumbuhan yang signifikan.

Antara pembangunan yang berpotensi adalah ladang solar, bandar automotif, Bandar Elektrik Malaysia, pasar raya besar borong, Regional Park Universal Studios, Dusun Eco Concept dan Homestay Pahang.

Pengerusi JRG Minerals Tengku Datuk Abu Nirah berkata pihaknya yakin pembangunan berkenaan akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sosioekonomi di kawasan Pantai Timur.

Sementara itu, Naib Pengurus Besar Shandong Huaxin Industry Liu Guodong berkata syarikat itu teruja dengan kerjasama bersama pihak JRG Minerals.

“Kami teruja terhadap pelaksanaan projek ini dan yakin dengan potensi besar bagi Bukit Goh,” katanya.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan