EKONOMI

QSB BUKA PINTU KEPADA SYARIKAT LUAR JALIN KERJASAMA MELABUR DI SABAH - PENGERUSI

16/04/2024 04:34 PM

KOTA KINABALU, 16 April (Bernama) -- Syarikat berkaitan kerajaan negeri, Qhazanah Sabah Berhad (QSB) sentiasa mengalu-alukan mana-mana syarikat dari luar negara yang ingin menjalin kerjasama untuk melabur di Sabah, kata Pengerusinya Datuk Dr Yusof Yacob.

Yusof berkata QSB bersedia untuk berunding dan berbincang mengenai bentuk kerjasama yang sesuai dengan pelabur negara luar sama ada dari China, Singapura atau mana-mana negara lain.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas menerima kunjungan daripada delegasi ahli perniagaan Global Confederation of Belt and Road Economic Cooperation di Menara Kinabalu di sini, hari ini.

Delegasi persatuan yang dianggotai ahli perniagaan dari Singapura dan China itu diketuai setiausaha agung  yang juga naib presidennya Xu Feng dan pengerusi eksekutifnya Chris Chan.

Hadir sama, timbalan pengerusi Invest Sabah Berhad George Wong dan timbalan ketua pegawai eksekutif kumpulan QSB Rudy Jaglul.

“Mereka ini terdiri daripada 98 usahawan dan ahli perniagaan pelbagai industri yang bersedia melabur dan menjalin kerjasama dengan QSB. Kita alu-alukan ketibaan mereka dan akan berbincang mengenai apa jenis kerjasama yang akan dilaksanakan nanti.

“Namun demikian kita kena selesaikan beberapa isu asas iaitu kordinasi dengan Sabah Invest Berhad dan juga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerajaan negeri yang lain supaya tidak bertindih agar memberi impak baik kepada negeri Sabah supaya ada matlamat tertentu akan tercapai melalui pelaburan,” kata Yusof.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan