Isnin, 25 Mei 2020
18/05/2020 08:25 PM

KUALA LUMPUR, 18 Mei -- Persatuan Pengedar Bahan-Bahan Binaan Malaysia (BMDAM) memuji tindakan proaktif kerajaan dalam memulakan aktiviti ekonomi termasuk pembinaan walaupun bersyarat, kata Presiden Bill Lee.

Bagaimanapun,  beberapa langkah dan peraturan kelihatan bercanggah dengan hasrat kerajaan untuk menyambung semula aktiviti ekonomi di tengah-tengah COVID-19, katanya.

Pemeriksaan kesihatan ke atas pekerja asing wajar diteruskan sepanjang tempoh operasi perniagaan dan apa-apa pengesanan yang positif perlu segera dilaporkan kepada pihak berkuasa dan arahan menghentikan kerja perlu dikeluarkan ke atas tapak kerja yang terjejas, katanya lagi. 

Beliau bagaimanapun memahami, secara statistik dan logistik, adalah mustahil untuk menguji semua pekerja asing di negara ini dalam tempoh hanya beberapa hari atau minggu. 

Di samping itu, hanya makmal swasta tertentu sahaja yang layak untuk melaksanakan ujian, ini amat tidak mencukupi dan menyebabkan lebih daripada 86 peratus tapak kerja gagal memulakan operasi. 

Sekurang-kurangnya, pemeriksaan ini memerlukan tempoh sebulan.

“Kami memahami keperluan ini dibuat bagi kesejahteraan semua orang tetapi ia akan menjejaskan objektif asal iatu pemulihan ekonomi.

“Kami, dengan itu, mencadangkan semua tapak kerja dibenarkan untuk meneruskan aktiviti  tetapi tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat seperti yang telah dinyatakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta Kementerian Kesihatan,” kata Lee dalam satu kenyataan hari ini. 

Persatuan itu turut memuji kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam memulakan Dana Bantuan Khas sebanyak RM5 bilion (SRF). 

Bagaimanapun, menurut Lee, dana ini ini telah habis digunakan melalui pelbagai bank perdagangan di negara ini. 

“Dilaporkan hanya kira-kira 7,000 daripada hampir 1 juta perusahaan kecil dan sederhana (IKS) di negara ini yang menerima pinjaman. Ini menunjukkan majoriti daripada mereka telah menerima pembiayaan sehingga RM1 juta bagi setiap permohonan," katanya.

Ini, selanjutnya mencadangkan kemungkinan bantuan hanya diberikan kepada PKS yang memiliki kedudukan kewangan yang lebih terjamin berbanding daripada PKS yang lebih kritikal untuk dibantu.

“Kami, dengan ini, meminta kerajaan untuk mempertimbangkan tambahan peruntukan SRF kepada industri dan secara khusus pinjaman yang mudah bagi industri pengedar bahan binaan, yang mana, model perniagaan kami melibatkan pelanjutan terma kredit untuk memenuhi keperluan rantaian bekalan industri pembinaan,” tambahnya. 

Beliau menyatakan dana bantuan ini sepatutnya diagihkan secara langsung oleh Kementerian Kewangan atau MITI, dan bukannya bank perdagangan yang berasaskan keuntungan.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan