DUNIA > BERITA

Malaysia Sumbang US$1juta Untuk UNRWA

01/07/2026 03:31 PM

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Malaysia mengikrarkan sumbangan US$1 juta (US$1=RM4.07) kepada Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) pada persidangan penderma UNRWA di New York pada Selasa.

Kementerian Luar, dalam satu kenyataan pada Rabu, berkata Malaysia terus menyokong kuat UNRWA dan peranan utamanya dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan, pendidikan, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan perlindungan yang menyelamatkan nyawa kepada pelarian Palestin.

“Sumbangan itu akan diagihkan setiap tahun dalam jumlah US$200,000 dari 2026 hingga 2030. Usaha ini ialah manifestasi nilai Amanah dan Belas Kasihan dalam rangka kerja Malaysia MADANI,” katanya.

Malaysia akan terus menyokong UNRWA supaya ia dapat memenuhi mandatnya terhadap rakyat Palestin, tambah kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan