DUNIA > BERITA

Ireland Kenakan Sekatan Perjalanan Terhadap Dua Menteri Kabinet Israel

05/06/2026 11:48 PM

ISTANBUL, 5 Jun (Bernama-Anadolu) -- Perdana Menteri  Ireland Micheal Martin mengesahkan pada Jumaat bahawa kerajaannya telah mengenakan sekatan perjalanan terhadap dua menteri Kabinet Israel, lapor Anadolu Ajansi memetik penyiar tempatan.

Menteri Kehakiman Ireland Jim O'Callaghan telah memperkenalkan sekatan perjalanan terhadap Menteri Keselamatan Negara Israel Itamar Ben-Gvir dan Menteri Kewangan Bezalel Smotrich, kata Martin ketika beliau berada di Montenegro untuk menghadiri Sidang Kemuncak EU-Balkan Barat, menurut penyiar RTE.

Sambil menegaskan bahawa tindakan dan kata-kata kedua-dua menteri berkenaan "mencerminkan hasrat untuk melihat penghapusan rakyat Palestin dari Palestin", Martin turut menggesa agar Kesatuan Eropah (EU) mengambil langkah lanjut terhadap mereka.

"Pada pandangan saya, tingkah laku mereka mewajarkan sekatan di peringkat EU juga, dan itu adalah sesuatu yang akan kami bangkitkan; sama ada kami mendapat sokongan yang mencukupi di seluruh Kesatuan Eropah adalah satu perkara lain," katanya.

Jurucakap kepada O'Callaghan berkata sekatan perjalanan ke atas kedua-dua menteri Israel itu dilaksanakan susulan persetujuan yang dicapai oleh kerajaan awal minggu ini.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan