DUNIA > BERITA

Jemaah Tunai Solat Sunat Aidiladha Di Masjid Nabawi

27/05/2026 06:29 PM

MADINAH, 27 Mei (Bernama-SPA) -- Sejumlah besar jemaah menunaikan solat sunat Aidiladha pada Rabu di Masjid Nabawi dalam suasana yang penuh dengan penghayatan kerohanian, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Khutbah disampaikan oleh Imam dan Khatib Masjid Nabawi, Sheikh Dr Ahmed Al-Hudhaifi, yang memulakannya dengan memuji dan mengagungkan Allah SWT, menyampaikan ucapan selamat hari raya kepada umat Islam, serta mendoakan agar amalan soleh mereka diterima dan terus memperoleh keberkatan daripada Ilahi.

Beliau menegaskan bahawa Aidiladha merupakan peluang terbaik untuk memperkukuh ikatan kasih sayang, perpaduan, dan solidariti, di samping menggalakkan umat Islam saling bekerjasama dalam melakukan kebaikan serta mendoakan agar negara terus dikurniakan keselamatan, kestabilan, dan kemakmuran.

Beliau turut menekankan mengenai keprihatinan Arab Saudi dalam menjaga Dua Masjid Suci serta para pengunjungnya, selain memuji usaha kepimpinan negara itu bagi memastikan jemaah haji dan umrah dapat melaksanakan ibadah mereka dengan selesa, selamat, dan aman.

-- BERNAMA-SPA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan