RAMALLAH, 27 Mei (Bernama-WAFA) -- Pusat Operasi Kecemasan Lubnan di bawah Kementerian Kesihatan pada petang Selasa mengumumkan jumlah kumulatif korban akibat pencerobohan Israel sejak 2 Mac hingga 26 Mei meningkat kepada 3,213 orang, manakala 9,737 lagi cedera.
Agensi berita Palestin, WAFA memetik media Lubnan melaporkan bahawa serangan udara Israel ke atas bandar Burj al-Shamali mengakibatkan 10 orang terbunuh termasuk kanak-kanak dan wanita, serta 12 lagi cedera, menurut angka awal.
Tentera Israel pada petang Selasa mengeluarkan amaran pemindahan segera kepada penduduk di 47 kampung dan bandar di selatan Lubnan, selain meneruskan serangan udara dan bedilan artileri ke atas puluhan kampung, manakala dron berada di ruang udara Lubnan.
-- BERNAMA-WAFA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial