DUNIA > BERITA

Seorang Rakyat Malaysia Maut Dalam Insiden Runtuhan Bangunan Di Filipina

26/05/2026 10:07 AM

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Kementerian Luar Negeri mengesahkan seorang rakyat Malaysia yang terjejas dalam insiden runtuhan bangunan di Angeles, Filipina pada 24 Mei 2026, telah meninggal dunia.

Kementerian dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa waris terdekat mangsa telah dimaklumkan, manakala Kedutaan Besar Malaysia di Manila sedang menyalurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada keluarga mangsa, termasuk membantu dalam urusan pengendalian jenazah.

"Kementerian ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham atas berita duka ini," menurut kenyataan itu.

Dua rakyat Malaysia terlibat dalam insiden berkenaan.

Seorang lagi rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian itu disahkan selamat dan tidak mengalami kecederaan. 

Kedutaan Besar Malaysia di Manila turut memberikan bantuan konsular yang diperlukan kepada individu berkenaan.

Kementerian yang turut dikenali sebagai Wisma Putra menzahirkan penghargaan kepada pihak berkuasa di Filipina atas bantuan serta kerjasama yang diberikan dalam perkara itu.

Wisma Putra juga komited untuk terus memelihara kebajikan dan keselamatan rakyat Malaysia di luar negara.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan