DUNIA > BERITA

Angka Korban Bangunan Runtuh Di Maghribi Meningkat Kepada 15

23/05/2026 11:39 AM

RABAT (Maghribi), 23 Mei (Bernama-Anadolu) -- Angka korban akibat runtuhan bangunan kediaman bertingkat di bandar Fez, utara Maghribi meningkat kepada 15 orang pada Jumaat, manakala lima lagi cedera, lapor Anadolu Ajansi.

“Jumlah mangsa akibat insiden itu meningkat kepada 15 kematian dan lima cedera,” kata seorang pegawai kepada Anadolu.

Pegawai itu berkata bangunan kediaman lima tingkat di kejiranan Jnan Jroudi, daerah Ain Naqbi itu runtuh sepenuhnya.

Menurut koresponden Anadolu, pihak berkuasa menamatkan operasi menyelamat susulan bangunan berkenaan runtuh secara tiba-tiba yang mencetuskan panik dalam kalangan penduduk bangunan berhampiran.

Pihak berkuasa turut mengosongkan empat bangunan bersebelahan dan membuka kertas siasatan bagi mengenal pasti punca runtuhan.

Setakat ini, tiada maklumat berhubung punca kejadian dan pihak berkuasa belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Pada Khamis, penyiar milik kerajaan Channel 2 melaporkan angka korban meningkat kepada 11 orang.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan