DUNIA > BERITA

Seorang Renjer Maut, Empat Cedera Dalam Satu Serangan Bom Di Selatan Thailand

11/05/2026 08:04 PM

NARATHIWAT, 11 Mei (Bernama) -- Seorang anggota renjer maut manakala empat lagi termasuk dua orang awam cedera dalam satu kejadian letupan bom tepi jalan di Daerah Weng pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Weng, Kol. Heraman Chekdee berkata polis menerima laporan mengenai insiden itu pada kira-kira pukul 10.30 pagi di Kampung Nam Khao.

Heraman berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku sekitar pukul 10 pagi apabila bom buatan sendiri seberat 50 kilogram yang dipasang di tepi jalan meletup dan mengorbankan renjer berusia 35 tahun di tempat kejadian.

“Dua anggota renjer dan dua orang awam yang cedera telah dihantar ke Hospital Sungai Kolok untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika melawat lokasi kejadian pada Isnin.

Beliau berkata laluan trafik dari Sungai Kolok ke Weng telah ditutup bagi membolehkan Unit Pemusnah Bom menjalankan pemeriksaan di kawasan kejadian dan polis sedang giat menjalankan siasatan bagi mengesan dalang yang bertanggungjawab terhadap kejadian itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan