DUNIA > BERITA

Rundingan Dengan Iran Diteruskan Melalui Telefon - Trump

30/04/2026 09:20 AM

WASHINGTON, 30 April (Bernama-Anadolu) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata pada Rabu rundingan dengan Iran kini diteruskan melalui telefon, lapor Anadolu Ajansi.

"Kami sedang berbincang dengan mereka sekarang, dan kami tidak lagi terbang dengan penerbangan 18 jam setiap kali kami mahu melihat sekeping kertas. Kami melakukannya secara telefon," kata Trump kepada pemberita di Rumah Putih.

Iran dan AS mengadakan perbincangan di ibu negara Pakistan, Islamabad pada 11 April namun gagal mencapai persetujuan untuk menamatkan perang yang bermula pada 28 Feb.

Rundingan itu menyusuli gencatan senjata selama dua minggu yang diusahakan oleh Pakistan pada 8 April, yang kemudiannya dilanjutkan oleh Trump.

Trump membatalkan rancangan perjalanan utusan khas Steve Witkoff dan Jared Kushner ke Islamabad hujung minggu lepas.

Beliau mengulangi bahawa sebarang perjanjian akan bergantung pada Iran sepenuhnya untuk mengabaikan cita-cita menghasilkan senjata nuklear.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan