DUNIA > BERITA

Keselamatan Makanan Menjadi Keutamaan Global: Putera Mahkota Brunei

24/04/2026 07:01 PM

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 April (Bernama-Xinhua) -- Putera Mahkota Brunei dan Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri Haji Al-Muhtadee Billah menegaskan bahawa keselamatan makanan kini menjadi keutamaan global susulan cabaran yang semakin meningkat akibat perubahan iklim, tekanan terhadap ekosistem serta ketidaktentuan geopolitik yang menjejaskan rantaian bekalan, lapor Xinhua.

Berucap pada pembukaan sesi ke-38 Persidangan Serantau Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) bagi Asia dan Pasifik yang diadakan berhampiran ibu negara, Bandar Seri Begawan pada Khamis, baginda menekankan bahawa keselamatan makanan bukan sekadar melibatkan aspek ketersediaan makanan.

Baginda berkata ia turut merangkumi akses kepada makanan, pemakanan yang mencukupi serta daya tahan sistem makanan.

Persidangan itu berfungsi sebagai platform rasmi bagi menteri dan pegawai kanan membincangkan isu keselamatan makanan di samping merangka hala tuju strategik untuk memperkukuh kerjasama dan integrasi serantau dalam sektor pertanian. Ia juga membolehkan negara berkenaan memperkukuh rangkaian kerjasama dengan negara anggota FAO yang lain.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan