BERLIN, 22 April (Bernama-Anadolu) -- Strategi ketenteraan baharu Jerman bermatlamat menjadikan angkatan itu tentera konvensional terkuat Eropah menjelang 2039 untuk mengatasi Rusia, Menteri Pertahanan Boris Pistorius mengumumkan pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi.
Bercakap pada sidang akhbar di Berlin, Pistorius berkata angkatan tentera Jerman (Bundeswehr) telah melaksanakan strategi ketenteraan komprehensif pertama mereka untuk mengenal pasti senario ancaman dan meningkatkan kesiapsiagaan mereka pada tahun-tahun akan datang.
"Kami meningkatkan bilangan askar dalam tugas aktif, anggota simpanan dan pekerja awam," kata Pistorius. "Prinsip yang memandu kami ialah matlamat untuk mempunyai sekurang-kurangnya 460,000 askar sedia tempur, termasuk kedua-dua pasukan aktif dan simpanan."
Pistorius juga mengumumkan bahawa Jerman akan memikul lebih banyak tanggungjawab dalam NATO pada tahun-tahun akan datang, mengutamakan sistem pertahanan udara.
“Pertahanan udara untuk Jerman dan NATO akan menjadi bidang utama bagi kami,” kata menteri itu. "Sama ada melalui dron pemintas, sistem pertahanan udara, atau pertahanan terhadap peluru berpandu hipersonik, ini akan menjadi keutamaan tinggi pada tahun-tahun akan datang," tambahnya.
-- BERNAMA-ANADOLU
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial