DUNIA > BERITA

India, Sri Lanka Bincang Cadangan Bina Saluran Paip Minyak

20/04/2026 12:36 PM

COLOMBO, 20 April (Bernama-WAM) -- Naib Presiden India C P Radhakrishnan dan Presiden Sri Lanka Anura Kumara Dissanayake pada Ahad membincangkan cadangan menghubungkan India dan negara kepulauan itu menerusi saluran paip minyak, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM) memetik Setiausaha Luar India Vikram Misri.

Menurut Press Trust of India, Radhakrishnan dan Dissanayake turut mengadakan perbincangan yang konstruktif mengenai usaha memperkukuh lagi hubungan dua hala pelbagai dimensi, projek perumahan serta isu nelayan antara dua negara jiran Asia Selatan itu.

“Beberapa inisiatif dari pihak India sedang dilaksanakan dan beberapa cadangan juga telah dibincangkan antara kedua-dua negara. 

"Antaranya ialah projek berkaitan hab tenaga di Trincomalee serta cadangan menghubungkan India dan Sri Lanka menerusi saluran paip minyak,” kata beliau.

-- BERNAMA-WAM


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan