WASHINGTON, 16 April (Bernama-Anadolu) -- Senat Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menyekat usaha Parti Demokrat yang bertujuan mengehadkan kuasa perang Presiden Donald Trump terhadap Iran, lapor Anadolu Ajansi.
Usul kuasa perang yang dikemukakan Senator Tammy Duckworth ditolak menerusi undian 52 menentang berbanding 47 menyokong.
Terdahulu, Ketua Minoriti Senat Chuck Schumer berikrar untuk terus memberi tekanan, sambil memberi amaran bahawa pengundian berulang akan diteruskan sekiranya Republikan sekali lagi menghalang usul itu.
“Jika Republikan mengundi 'tidak' sekali lagi, kami akan terus memaksa pengundian terhadap resolusi-resolusi ini setiap minggu sehingga perang ini berakhir atau Republikan mempunyai keberanian untuk bangkit menentang Donald Trump,” kata beliau.
Seramai 13 anggota tentera AS terbunuh sejak Operasi Epic Fury terhadap Iran bermula pada 28 Feb.
-- BERNAMA-ANADOLU
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial