ISTANBUL, 3 April (Bernama-Anadolu) -- Timbalan Ketua Perisikan Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran, Behnam Rezaei, terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media Iran.
Kematian beliau berlaku di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak susulan serangan yang dilancarkan oleh AS dan Israel pada 28 Feb lepas, yang telah mengorbankan lebih 1,340 orang, termasuk pegawai kanan dan Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Iran telah membalas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, serta Jordan, Iraq dan beberapa negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS, mengakibatkan kemalangan jiwa, kerosakan infrastruktur, serta gangguan kepada pasaran global dan sektor penerbangan..
-- BERNAMA-ANADOLU
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial