LONDON, 3 April (Bernama-Xinhua) -- Satu mesyuarat secara maya mengenai Selat Hormuz yang dianjurkan Britain pada Khamis menggesa agar "pembukaan semula selat itu dilakukan segera tanpa syarat," sekali gus memberi isyarat peningkatan tekanan diplomatik dan sekatan yang diselaraskan terhadap Iran, lapor Xinhua.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat itu, wakil daripada lebih 40 negara serta pertubuhan antarabangsa termasuk Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) dan Kesatuan Eropah, menghadiri mesyuarat yang dikendalikan oleh Setiausaha Luar Britain, Yvette Cooper.
Sambil menekankan kepentingan Selat Hormuz, kenyataan itu menyifatkannya sebagai "satu daripada koridor maritim paling kritikal di dunia" dan "laluan utama bagi eksport tenaga global." Gangguan di laluan berkenaan dikatakan bakal membawa "kesan segera dan meluas terhadap bekalan global, harga serta kestabilan ekonomi."
Sidang kemuncak itu turut membincangkan beberapa bidang "tindakan kolektif dan selaras yang mungkin diambil," termasuk meningkatkan tekanan diplomatik dan mengenakan langkah ekonomi serta politik seperti sekatan terhadap Iran, selain bekerjasama bagi membantu membebaskan kapal dan pelaut yang terperangkap di selat itu.
-- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial