ISTANBUL, 25 Mac (Bernama-Anadolu) -- Harga minyak global turun apabila minyak mentah Brent jatuh kepada USD97 setong ketika terbitnya harapan baharu untuk usaha diplomatik bagi meredakan ketegangan di Asia Barat, lapor Anadolu Ajansi.
Niaga hadapan minyak mentah Brent penanda aras antarabangsa didagangkan pada USD98.2 setong setakat 0030 GMT pada Rabu.
Harga turun selepas keluar laporan mengenai rundingan baharu untuk menstabilkan rantau ini dan mencegah gangguan bekalan.
Laporan berita mendakwa Amerika Syarikat (AS) sedang mengusahakan gencatan senjata untuk memudah cara rundingan manakala The New York Times melaporkan Washington telah menghantar cadangan 15 perkara kepada Iran bagi menyelesaikan konflik itu.
Pada Selasa, harga minyak meningkat selepas Tehran menafikan terlibat dalam rundingan dengan AS dan memberi isyarat ia tidak berhasrat untuk memulihkan keadaan perkapalan di Selat Hormuz.
-- BERNAMA-ANADOLU
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial