KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Anugerah Raja Faisal yang berprestij menetapkan 31 Mac ini sebagai tarikh akhir pencalonan bagi edisi ke-49, menandakan permulaan proses penilaian oleh jawatankuasa pemilihan dan penghakiman antarabangsa.
Pencalonan bagi anugerah 2027 itu dibuka kepada universiti, institusi dan pusat penyelidikan dalam lima kategori anugerah iaitu Pengajian Islam, Bahasa dan Kesusasteraan Arab, Perubatan dan Sains.
Setiausaha Agungnya Dr Abdulaziz Alsebail berkata Anugerah Raja Faisal bagi Khidmat kepada Islam dianugerahkan kepada individu dan institusi yang telah memberikan sumbangan cemerlang dalam berkhidmat kepada Islam dan umat Islam dari segi intelektual, saintifik dan sosial melalui inisiatif serta program berimpak.
Menurut kenyataan Sekretariat Agung, pencalonan boleh dikemukakan melalui e-mel di nominations@kingfaisalprize.org atau menerusi portal rasmi di www.kingfaisalprize.org/nominations, yang turut menyediakan garis panduan penuh dan kriteria kelayakan.
Sejak ditubuhkan hampir lima dekad lalu, anugerah itu telah mengiktiraf 308 penerima dari 45 kewarganegaraan.
Setiap kategori anugerah merangkumi sijil yang memaparkan seni khat Arab yang merumuskan pencapaian penerima, pingat emas 24 karat seberat 200 gram, serta hadiah wang tunai sebanyak SAR750,000 (kira-kira US$200,000).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial