TEHRAN, 16 Mac (Bernama-MNA) -- Komander Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Laksamana Muda Alireza Tangsiri mengumumkan bahawa rampasan terhadap beberapa kapal tangki yang membawa minyak Iran di lokasi beribu-ribu kilometer dari sempadan negara itu telah ditarik balik, lapor Agensi Berita Mehr (MNA).
Dalam hantaran di akaun X miliknya, beliau menulis: “Tekad serta langkah yang diambil oleh Tentera Laut Iran dalam menghadapi musuh telah membuahkan hasil sehingga rampasan beberapa kapal tangki yang membawa minyak Iran beribu-ribu kilometer dari sempadan negara telah ditarik balik.”
“Ini bermakna ia menjadi model sebenar untuk menghapuskan ancaman dan sekatan,” tambahnya.
-- BERNAMA-MNA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial