DUNIA > BERITA

Menteri Luar Tandatangani Nota Takziah Atas Pemergian Ayatollah Ali Khamenei

05/03/2026 02:24 PM

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menandatangani nota takziah atas pemergian Pemimpin Agung Iran Ayatollah Ali Khamenei di Kedutaan Iran di Malaysia, pada Khamis.

Mohamad berkata beliau turut menzahirkan salam takziah dan rasa duka kerajaan serta rakyat Malaysia kepada  Duta Besar Iran ke Malaysia Valiollah Mohammadi Nasrabadi atas pemergian pemimpin itu.

“Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan kepada seluruh rakyat Iran dalam menghadapi saat-saat sukar ini,” katanya dalam catatan di Facebook, pada Khamis.

Khamenei, 86, terkorban dalam serangan bersama Amerika Syarikat-Israel ke atas Iran, Sabtu lepas.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan