MEXICO CITY, 3 Mac (Bernama-dpa) -- Bintang pop Shakira mengadakan konsert percuma pada malam Ahad di hadapan 400,000 penonton di Dataran Zocalo di Mexico City - satu rekod jumlah penonton bagi lokasi tersebut, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).jumlah rekod bagi lokasi itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
“Ini adalah sebuah impian. Betapa puitis melihat tempat ini dipenuhi orang ramai,” kata penyanyi berusia 49 tahun itu di dataran terbesar di ibu negara Mexico itu, yang dikelilingi katedral yang diterangi cahaya dan Istana Nasional.
Ia merupakan penampilan keduanya di situ. Ramai yang tiba beberapa jam sebelum acara bermula bagi mendapatkan tempat terbaik untuk menyaksikan persembahan itu.
Konsert terbuka itu merupakan perhimpunan besar pertama melibatkan ratusan ribu orang di Mexico sejak pergolakan yang tercetus susulan pembunuhan seorang ketua kartel dadah berpengaruh oleh tentera di bahagian lain negara itu seminggu lalu. Acara itu berlangsung tanpa sebarang insiden.
“Jantung kami masih berdegup kencang susulan apa yang kami alami malam tadi!” tulis Datuk Bandar Mexico City, Clara Brugada, di platform X pada Isnin.
Menurutnya, hasil kehadiran Shakira, dataran di pusat bersejarah Mexico City itu dipenuhi “keajaiban, muzik dan tenaga luar biasa”.
Penyanyi dari Colombia itu sebelum ini turut mencipta satu lagi rekod di Mexico.
Penyanyi lagu “Hips Don't Lie” itu tampil buat kali ke-13 dan terakhir di pentas Estadio GNP pada Jumaat dalam jelajah “Las Mujeres Ya No Lloran” (Wanita Tidak Lagi Menangis) - jumlah penampilan melebihi mana-mana artis lain sebelum ini. Beliau menjual kira-kira 800,000 tiket secara keseluruhan.
Satu lagi pencapaian menanti bintang pop itu pada 2 Mei, apabila beliau dijadual mengadakan konsert percuma di pantai legenda Copacabana di Rio de Janeiro.
Tahun lalu, kira-kira 2.5 juta orang menghadiri persembahan Lady Gaga di lokasi berkenaan.
-- BERNAMA-dpa
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial