DUNIA > BERITA

Pemimpin China, Jerman Setuju Tingkatkan Hubungan Perkongsian Dan Kerjasama Sama Menang

26/02/2026 06:19 PM

BEIJING, 26 Feb (Bernama-CMG) -- Presiden China, Xi Jinping menerima kunjungan Canselor Jerman, Friedrich Merz yang dalam rangka lawatan rasmi ke China, di Beijing pada Rabu.

Xi berkata China dan Jerman ialah entiti ekonomi kedua dan ketiga terbesar di dunia. Oleh itu, hubungan dua hala antara China dan Jerman bukan sahaja berkait rapat dengan kepentingan kedua-dua negara, malah juga memberikan kesan besar kepada Eropah dan dunia.

Situasi antarabangsa kini menghadapi perubahan paling besar sejak Perang Dunia II. Sehubungan itu, kata Xi, mendepani pergolakan dan ketidaktentuan dunia, China dan Jerman patut meningkatkan komunikasi strategik, mengukuhkan kepercayaan strategik, dan mendorong hubungan perkongsian strategik  China-Jerman dalam segenap aspek maju ke hadapan.

Beliau berkata, China dan Jerman harus menjadi rakan kongsi yang saling menyokong dan boleh dipercayai, terbuka dan saling menguntungkan, serta saling memahami.

Xi menegaskan bahawa China menyokong Eropah membangun secara bebas, sementara menzahirkan harapan agar negara-negara Eropah dapat berjalan sehaluan dengan China, bagi mencapai lebih banyak kemajuan dalam hubungan China-Eropah, sekali gus menyumbang kepada kedamaian dan pembangunan dunia.

Dalam pertemuan itu, Friedrich Merz pula berkata, Jerman mementingkan hubungan dengan China.

Beliau turut melahirkan kesediaan untuk bersama-sama China dalam mengembangkan persahabatan, saling menghormati, meningkatkan keterbukaan dan kerjasama, agar melonjakkan hubungan kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi.

-- BERNAMA-CMG

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan