DUNIA > BERITA

Ramadan Bermula Rabu Di Arab Saudi

18/02/2026 10:13 AM

JEDDAH, 18 Feb (Bernama-SPA) -- Ramadan akan bermula di Arab Saudi pada Rabu (18 Feb), lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Menurut SPA, Mahkamah Diraja mengumumkan pada Selasa bahawa jawatankuasa cerapan anak bulan Mahkamah Agung mengisytiharkan Rabu sebagai hari pertama Ramadan.

Mahkamah Agung turut menyampaikan ucapan selamat menyambut Ramadan kepada Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud, serta kepada seluruh rakyat, penduduk dan umat Islam di seluruh dunia. 

Ia juga berdoa agar Allah memberkati, menerima segala amal kebaikan, menyatukan umat Islam, serta memelihara keselamatan dan kemakmuran negara itu.

-- BERNAMA-SPA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan