DUNIA > BERITA

Suruhanjaya Tinggi Malaysia Di Singapura Perkenal Sistem Janji Temu Konsul Baharu Mulai 16 Feb

13/02/2026 11:29 PM

SINGAPURA, 13 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura akan memperkenalkan sistem janji temu baharu dan prosedur pertanyaan yang disemak semula bagi perkhidmatan konsul bermula 16 Feb ini, sebagai langkah untuk meningkatkan kecekapan dan penyampaian perkhidmatan.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, ia memaklumkan orang ramai yang memerlukan perkhidmatan konsul perlu membuat tempahan slot janji temu secara dalam talian lebih awal melalui http://mhc-consular-appointments.com di bawah sistem janji temu baharu itu.

"Dengan pelaksanaan sistem baharu ini, semua permohonan janji temu yang dibuat melalui e-mel tetapi masih belum menerima maklum balas perlu melalui sistem baharu ini.

"Permohonan janji temu yang dihantar menerusi e-mel tidak lagi akan diterima atau diproses," menurut kenyataan itu.

Selain itu, Suruhanjaya Tinggi turut memaklumkan bahawa semua pertanyaan melalui telefon mengenai perkhidmatan konsul akan dihentikan - sebaliknya, semua pertanyaan hendaklah dikemukakan secara bertulis melalui e-mel ke consular@mhc.org.sg.

"Langkah-langkah ini diperkenalkan bagi memastikan akses yang adil dan tepat pada masanya, kecekapan operasi, maklumat yang konsisten, serta penyampaian perkhidmatan yang teratur," katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan