HONG KONG, 9 Feb (Bernama-Xinhua) -- Mahkamah Tinggi Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) pada pagi Isnin menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas Jimmy Lai, yang didakwa sebagai penghasut rusuhan anti-China di Hong Kong, lapor Xinhua.
Lai didapati bersalah pada Disember oleh Mahkamah Tinggi HKSAR atas dua pertuduhan berkomplot untuk bersekongkol dengan kuasa luar serta satu pertuduhan berkomplot untuk menerbitkan bahan bersifat hasutan. Prosiding mitigasi bagi kes Lai bermula pada 12 Jan dan berakhir pada 13 Jan.
Defendan dalam kes keselamatan negara itu termasuk Lai, Apple Daily Limited, Apple Daily Printing Limited dan Apple Daily Internet Limited, yang semuanya berdepan pertuduhan berkomplot untuk menerbitkan bahan hasutan dan berkomplot untuk bersekongkol dengan kuasa luar.
Lai juga berdepan satu pertuduhan berasingan kerana berkomplot untuk bersekongkol dengan kuasa luar.
Perbicaraan itu secara rasmi bermula pada 18 Dis 2023 dan dipengerusikan oleh tiga hakim yang dilantik di bawah undang-undang keselamatan negara di Hong Kong.
-- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial