DUNIA > BERITA

PBB: Satu Daripada Empat Rakyat Venezuela Perlu Bantuan Kemanusiaan

17/01/2026 01:17 PM

HAMILTON, 17 Jan (Bernama-Anadolu) -- Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan sekurang-kurangnya satu daripada empat rakyat Venezuela memerlukan bantuan kemanusiaan, lapor Anadolu Ajansi.

Memetik Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), Jurucakap PBB Farhan Haq berkata PBB dan rakan kongsinya terus menyampaikan bantuan ke seluruh negara. Ini termasuk makanan, penjagaan kesihatan dan sokongan psikososial.

“Kami juga terus menyelaras dengan pihak berkuasa, memantau keperluan kemanusiaan di seluruh negara dan memberitahu orang ramai tentang perkhidmatan kemanusiaan yang tersedia kepada mereka,” katanya dalam sidang media pada Jumaat.

Beliau menarik perhatian bahawa banyak keluarga di Venezuela kini tanpa “sokongan yang boleh dipercayai” dan menyeru penderma supaya menyokong usaha menyediakan bantuan yang menyelamatkan nyawa.

Menurut beliau, pelan tindak balas tahun ini yang menggariskan keperluan kemanusiaan memerlukan peruntukan lebih US$600 juta.

“Pada 2025, pelan tindak balas itu hanya mendapat pembiayaan 17 peratus, antara yang terendah di peringkat global,” tambahnya.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan