| BERITA TERGEMPAR | Warga ATM terlibat aktiviti tidak bermoral, rosakkan imej ATM akan disingkir daripada perkhidmatan - Mohamed Khaled | |
ISTANBUL, 8 Jan (Bernama-Anadolu) -- Dua maut manakala lapan yang lain cedera dalam insiden tembakan di majlis pengebumian di luar sebuah gereja lewat Rabu di negeri Utah, Amerika Syarikat (AS), lapor Anadolu Ajansi memetik laporan media.
Menurut Fox News, pihak polis memaklumkan bahawa tiga daripada mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.
Setakat ini, tiada tangkapan dibuat berhubung insiden tembakan di The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints di 660 North Redwood Road.
Pihak berkuasa mengesahkan bahawa beberapa mangsa dibawa ke hospital menggunakan kenderaan persendirian sebelum pegawai tiba di lokasi kejadian.
Redwood Road masih ditutup berhampiran gereja berkenaan, dan pihak berkuasa menasihati orang ramai supaya mengelakkan kawasan itu.
-- BERNAMA-ANADOLU
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial