DUNIA > BERITA

Kerajaan Ivory Coast Letak Jawatan Susulan Pilihan Raya Perundangan

08/01/2026 12:31 PM

KIGALI (Rwanda), 8 Jan (Bernama-Anadolu) -- Presiden Ivory Coast Alassane Ouattara pada Rabu menerima peletakan jawatan Perdana Menteri Robert Beugre Mambe dan barisan Kabinetnya, menurut kenyataan pejabat presiden, lapor Anadolu Ajansi.

Peletakan jawatan itu membuka laluan kepada pembentukan kerajaan baharu susulan pilihan raya Parlimen yang diadakan pada 27 Dis lalu.

Menurut kenyataan itu, sementara menunggu pelantikan perdana menteri serta anggota kerajaan yang baharu, perdana menteri dan anggota Kabinet yang meletakkan jawatan akan bertanggungjawab mengendalikan urusan pentadbiran semasa.

Parti pemerintah pimpinan Ouattara, Rally of Houphouetists for Democracy and Peace berjaya memperoleh majoriti dalam Perhimpunan Kebangsaan selepas memenangi 197 daripada 255 kerusi.

Pilihan raya itu diadakan selepas pilihan raya presiden yang berlangsung pada 25 Okt lalu.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan