DUNIA > BERITA

Jualan Kereta Import Korea Selatan Catat Pertumbuhan Dua Digit Pada 2025

06/01/2026 09:02 PM

SEOUL, 6 Jan (Bernama-Xinhua) -- Jualan kereta import di Korea Selatan mencatatkan pertumbuhan dua digit pada tahun 2025 hasil permintaan kukuh terhadap model mewah Jerman dan kenderaan elektrik (EV) Amerika Syarikat (AS), menurut data industri pada Selasa, lapor Xinhua.

Berdasarkan data Persatuan Pengimport & Pengedar Kereta Korea (KAIDA), jumlah kenderaan import yang dijual di negara itu melonjak 16.7 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada 307,377 unit pada 2025.

Bagi Disember tahun lepas sahaja, sebanyak 28,608 kenderaan asing telah terjual, meningkat 21.6 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Pengeluar kereta Jerman, BMW menduduki tempat pertama dalam jualan automotif di negara itu dalam kalangan syarikat asing dengan jualan sebanyak 77,127 unit tahun lepas.

Satu lagi jenama Jerman, Mercedes-Benz, menyusul di tempat kedua dengan jualan 68,467 unit, diikuti pengeluar kereta AS, Tesla dengan 59,916 unit. Jenama lain yang turut mencatatkan jualan tinggi ialah Volvo (14,903 unit), Lexus (14,891 unit) dan Audi (11,001 unit).

Jumlah model Eropah yang terjual di negara itu tahun lepas adalah sebanyak 206,245 unit, merangkumi 67.1 peratus daripada keseluruhan jualan. Sementara itu, jenama dari AS, Jepun dan China masing-masing mencatatkan pegangan pasaran sebanyak 22.3 peratus, 8.7 peratus dan 2.0 peratus.

--BERNAMA-XINHUA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan